LIVE UPDATE

5:03 AM

BN-PH terikat di Sabah, parti STAR jadi 'kingmaker'

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) muncul sebagai penentu dalam pilihan raya Sabah selepas jumlah kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional terikat dengan jumlah yang dimenangi Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah, iaitu masing-masing 29 kerusi.

STAR, yang menganggotai pakatan Gabungan Sabah bersama 3 parti tempatan lain menang 2 kerusi DUN maka sokongannya akan menentukan gabungan mana yang membentuk kerajaan.



5:00 AM

Keputusan muktamad PRU14: Pakatan Harapan peroleh 113 kerusi Parlimen

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal pagi tadi mengumumkan Pakatan Harapan, yang bertanding atas tiket PKR di Tanah Melayu dan sebagai parti komponen di Sabah dan Sarawak memenangi 113 kerusi Parlimen.

Pecahan kerusi mengikut parti politik dan individu bertanding adalah seperti berikut:

Pakatan Harapan: 113
Barisan Nasional: 79
Parti Islam Se-Malaysia: 18
Parti Warisan Sabah: 8
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR): 1
Bebas: 3

Keputusan ini menjadikan PKR mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.



3:32 AM

Dr Mahathir angkat sumpah PM ke-7 esok

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7.

Dr Mahathir berkata akan mengangkat sumpah pada esok pagi setelah memaklumkan kepada Majlis Raja-Raja bahawa PH berjaya mendapat kerusi majoriti untuk bentuk kerajaan.

“Esok akan ada majlis penamaan perdana menteri baru, kemudian akan melantik timbalan perdana menteri. Ia mudah sahaja.

“Kami akan minta untuk dimaklumkan ke pihak istana bahawa kami sudah capai majoriti jadi pemimpin, yang dipilih untuk menjadi perdana menteri akan angkat sumpah,” katanya pada sidang media di Hotel Sheraton.



3:27 AM

PH's Mohamed Azmin Ali wins Gombak



3:24 AM

Kerajaan isytihar 10 dan 11 Mei cuti umum seluruh negara

Kerajaan menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei ialah hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.



3:22 AM

The chief secretary to the government Ali Hamsa has announced Thursday and Friday as a public holiday in conjunction with GE14



3:22 AM

Kedah buntu: PKR 18 kerusi, PAS 15 dan BN 3

Kedah berpotensi menemui jalan buntu apabila jumlah DUN yang dimenangi PKR diimbangi oleh kerusi yang dimenangi PAS dan BN.

SPR pada sidang media khas malam tadi mengumumkan PKR menang 18 kerusi, PAS 15 kerusi sementara BN 3 kerusi.



3:15 AM

Bukan hendak balas dendam pada Najib, kata Dr M

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan akan membalas dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak setelah gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan.

Dr Mahathir berkata, tujuan PH memerintah selepas menewaskan Barisan Nasional (BN) juga bukan bertujuan untuk membalas dendam atas dakwaan salah lakunya.

“Kami tidak membalas dendam, kami hanya mahu kembalikan undang-undang. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah akan dihukum, ia termasuk wartawan,” katanya pada sidang media di Hotel Sheraton.



3:09 AM

Johor PH to submit 3 names for menteri besar

Johor PH secretary Osman Sapian says they will submit three names as menteri besar candidates to the Johor Sultan later today.

"The presidential council will decide who the possible menteris besar are in their meeting this morning.

"I cannot decide who they are. Tan Sri Muhyiddin (Yassin) will seek an audience with Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tomorrow and give name to the palace," he said during a press conference after winning the state government. 

PH won 36 state seats out of 56 in Johor, enough to form the state government.



3:05 AM

PH akan kemuka 3 calon menteri besar kepada Sultan Johor

Setiausaha Agung PPBM Datuk Osman Sapian akan kemuka 3 nama calon menteri besar kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 10.00 pagi nanti tetapi tidak mendedahkan nama.



3:02 AM

PAS' Mohd Sabri Azit wins Jerai



2:57 AM

PH's Maria Chin Abdullah wins Petaling Jaya



2:54 AM

BN's Abdul Rahim Bakri wins Kudat



2:53 AM

Warisan's VK Liew wins Batu Sapi



2:41 AM

Nik Amar bergaya di Panchor

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menang di DUN Panchor dengan 13,597 undi. 

Dua pesaingnya iaitu Zarina Eusope daripada BN meraih 6,309 undi dan wakil PH, Hazmi Hassan berada di kedudukan ketiga dengan 2,394 undi. 

Mohd Amar menang dengan majoriti 7,288 dengan jumlah undi rosak sebanyak 224 undi. 



2:39 AM

Nik Omar gugur di Chempaka

Calon pilihan Pakatan Harapan (PH), Nik Omar Nik Abdul Aziz gagal memberi impak apabila tewas di Dun Chempaka. 

Nik Omar kalah selepas memperoleh 2,418 undi jauh ketinggalan di belakang 2 pencabarnya.

Calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood juga penyandang kerusi itu kekal di kedudukan dengan 10,549 undi. 

Ahmad Fathan memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,474 undi, sementara 232 undi rosak. Calon BN, Mohd Fareez Nor Amran pula memperolehi 7,075 undi.



2:38 AM

BN's Ronald Kiandee wins Beluran



2:37 AM

PAS 'kingmaker' di Perak

SPR pada sidang media khas sebentar tadi mengumumkan PKR memenangi majoriti kerusi DUN di Perak.

PKR menang di 29 daripada 59 kerusi, sementara BN 27.

PAS dijangka memainkan peranan sebagai penentu dengan 3 kerusi yang dimenanginya.



2:33 AM

MB Johor kalah teruk di tangan PKR

Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin kalah teruk dengan calon PKR, Hassan Abdul Karim di kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti sebanyak 24,726 undi.

Hassan calon PKR Pasir Gudang memperolehi undi sebanyak 61,615 undi menewaskan Khaled yang memperoleh sebanyak 36,889 undi dan calon PAS, Ab Aziz Abdullah dengan 6,278 undi.

Khaled juga kalah di DUN Permas dengan PKR dengan majoriti 8,746 undi.

Calon DUN PKR, Che Zakaria Mohd Salleh menang 28,794 undi manakala Khaled memperoleh undi 20,047 undi.



2:32 AM

PH's Mukhriz Mahathir wins Jerlun